|
Post by harith227 on Sept 2, 2009 8:36:27 GMT -5
SHAH ALAM: Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak teori d**emukakan peguam pemerhati keluarga Teoh Beng Hock, bahawa beliau dan rakan setugasnya diarah melakukan serangan psikologi dan penderaan terhadap mangsa untuk membuatnya mengalah dan memberikan pengakuan seperti d**ehendaki SPRM.
Menjawab soalan peguam Gobind Singh Deo, Penolong Penguasa SPRM Selangor, Mohd Ashraf Mohd Yunus, 27, turut menafikan dakwaan serangan fizikal dan mental terhadap Teoh dibuat secara berterusan sehingga lewat pagi di pejabat SPRM di Tingkat 14 Plaza Masalam di sini, sebelum mayatnya ditemui di koridor tingkat 5 bangunan itu, 16 Julai lalu.
adakah ni benar........?
|
|