Post by ameeriz on Sept 1, 2008 23:00:23 GMT -5
Pengalaman mengajar erti kedewasaan dan kematangan. Anda nak tanya, tanya ajalah. Tapi, pastikan anda membuat 'search' dulu. Kalau bercelaru, tidak ada penyelesaian kepada masalah anda atau sebagainya, barulah bertanya di ruang yang anda rasa sesuai (kalau tak sesuai, pihak admin / mod akan ubah dan letak di tempat yang sesuai nanti).
Adab bertanya
Bertanya ni ada adab tersendiri. Pertama sekali, bagi salam dengan tertib / sekadar berkata Salam Sejahtera .(JANGAN tulis 'akum', ). Kedua, mulakan dengan mukadimmahnya seperti apa yang anda sudah buat untuk mencari keyword tersebut, atau penerangan ringkas mengenai apa yang anda nak cari.
Ketiga, JANGAN paksa orang menjawab dengan cepat. Tetapi, kalau nak cepat, bagitau reason (sebab) kenapa anda nak cepat.
Empat, bila saya kata 'penerangan ringkas', jangan la tulis ringkas sangat sampai orang tidak faham dan tanya anda balik. Seperti orang tanya sepatah, anda jawab sepatah. Jawab la panjang lebar seperti orang lain berada di hadapan anda dan mereka faham dengan penerangan anda.
Lima, jangan cepat terasa. Dalam situasi belajar, (cara saya belajar dulu), cikgu adakalanya akan 'mengherdik', 'marah'. Jadi, jangan cepat terasa. Kerana selalunya bila cikgu marah tu lah, kita ingat sampai tua. Ini demi kebaikan anda juga.
Enam, ucaplah terima kasih pada mereka yang membantu anda dan mengkritik anda. Kerana mereka sudi bantu / mengkritik. (mereka tak minta bayaran pun). Ibarat, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi, kita merasa.
p/s - Tiada manusia pandai semua benda dan tidak ada manusia yang boleh buat semua benda. Tiada perkara yang senang dicapai. Dan tiada siapa yang tidak pernah buat silap. Orang yang terbaik adalah orang yang mencontohi akhlak Rasullullah S.A.W. Namun, untuk menjadi manusia yang 'istimewa dan sempurna' seperti Baginda, bukanlah perkara mudah. Kena 3 kali 'suci' dan mendapat hidayah dan rahmah dari-Nya. Jadi, manusia tidak terlepas dari kesalahan dan kesilapan. Kalau saya ada tersilap dan tersalah dengan anda semua, SAYA MINTA MAAF. Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu adalah kerana kesilapan dan kelemahan saya sendiri. Saya cuba lakukan yang terbaik untuk anda semua. Insyaallah...