Post by ameeriz on Sept 2, 2008 10:12:46 GMT -5
KUALA LUMPUR 2 Sept. — Perkhidmatan bas tambahan untuk musim perayaan tahun ini mungkin tidak dapat disediakan dengan sempurna berikutan keenganan pengusaha-pengusaha bas sekolah dan bas kilang seluruh negara menyewakan kenderaan mereka.
Presiden Persatuan Pengusaha-pengusaha Bas SeMalaysia Datuk Mohamed Ashfar Ali berkata daripada sebut harga yang diberikan oleh pengusaha-pengusaha bas di bawah persatuan itu, ramai pengusaha bas sekolah dan bas kilang enggan menyewakan kenderaan mereka apabila didapati sebut harga yang diberikan tidak menguntungkan mereka.
“Kita pun tak boleh bagi sebut harga sewa yang lebih tinggi, sebab kita pun kurang untung dan kerajaan tak bagi naik tambang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Tambah beliau, walaupun kerajaan telah berjanji untuk menaikkan kuota susbsidi diesel, tetapi masih ramai pengusaha tidak menikmati kuota subsidi baru tersebut disebabkan permohonan yang belum diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Katanya disebabkan itu, kebanyakan pengusaha bas ekspres dan bas henti-henti terpaksa menanggung lebihan daripada 70 peratus diesel yang disubsidikan.
Kata Mohamed Ashar lagi, sejak setahun lepas pihaknya telah meminta caj tambang dinaikkan disebabkan kesan kenaikan operasi untuk penyelenggaraan dan kenaikan harga diesel.
Berkaitan surcaj 30 peratus pula, beliau berkata surcaj berkenaan tidak mencukupi untuk memberikan pihak pengusaha bas ekspres modal yang mencukupi bagi tujuan penyewaan bas tambahan.
“Kita telah buat kira-kira ... dengan surcaj pun kita berdepan dengan kerugian,” katanya Pelaksanaan surcaj 30 peratus itu adalah bersifat sementara dan akan berkuatkuasa pada 15 Sept hingga 15 Okt depan.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan kerajaan menaikkan surcaj berkenaan untuk memudahkan syarikat-syarikat bas ekspres memperoleh modal untuk mendapatkan bas-bas tambahan.