Post by ameeriz on Sept 2, 2008 0:14:03 GMT -5
Komputer peribadi atau PC adalah alat yang menakjubkan jika anda tahu menggunakannya. Halaman ini memaparkan pelbagai tip dan cadangan perisian yang saya gunakan sekarang untuk dikongsi dengan anda.
Sifat yang baik menggunakan komputer
Buang perisian yang tidak digunakan
Pasang perisian yang anda kerap gunakan. Semakin banyak perisian yang anda pasang kedalam komputer, system Windows akan semakin perlahan beroperasi. Ia adalah satu idea yang tidak bagus dengan memasang segala perisian yang ada kecuali anda tahu kegunaan perisian yang dipasang dan dipercayai. Buang perisian yang anda tahu dan tidak digunakan.
Pastikan perisian antivirus sentiasa d**emaskini
Jika anda menggunakan perisian antivirus adalah mustahak d**emaskini selalu. Virus baru dan email cecacing (worm) menyerang tanpa anda sedari. Anda boleh memuat turun perisian antivirus percuma yang dipanggil AVG di: www.grisoft.com/
Minta pertolongan jika anda tidak mengetahui perkara yang dilakukan
Jika anda tidak tahu apa yang dilakukan, mungkin baik anda tunggu sebelum melakukan sesuatu kepada komputer anda. Anda boleh menjimatkan masa yang lama untuk belajar sesuatu dengan membaca manual perisian yang anda gunakan atau periksa dokumen help yang dibekalkan. Jika anda mengambil masa untuk belajar apa yang anda perlu tahu, anda sebenarnya melabur untuk masa hadapan dan menjimatkan masa yang lama. Adalah bagus jika anda memanggil kawan yang pakar dalam bidang komputer untuk mendapatkan nasihat darinya. Selain dari itu internet dan enjin carian Google adalah sumber maklumat baru yang terbesar.
Ilmu pakar untuk dikongsi
Jika anda menggunakan Windows NT/2000/XP gunakan sistem fail NTFS (New Technology File System). Ia lebih stabil dari sistem fail FAT dan keselamatan yang bagus. Ia boleh dilakukan untuk penukaran sistem fail dari FAT32 kepada NTFS selepas anda memasang sistem operasi dengan menggunakan baris arahan CONVERT. Bagaimanapun, menggunakan baris arahan CONVERT untuk menukarkan sistem fail FAT32 kepada NTFS akan menyebabkan saiz kelompok (cluster) 512 bit. Ini akan mengganggu prestasi sistem operasi (OS) Windows. Jika anda memasang dari mula Windows secara berformat (buang sistem lama) anda akan dapati sebanyak 4k saiz kelompok. Kelompok yang besar bermakna prestasi capaian data dari cakera keras bertambah baik secara keseluruhan.
Perisian kelas ketiga (3rd) boleh membantu anda dalam proses ini. Hanya 2 perisian yang ada didunia ini yang saya tahu iaitu Paragon's Partition Manager and Powerquest's Partition Magic versi 8. Versi terdahulu Partition Magic tidak mempunyai pilihan untuk menukar saiz kelompok NTFS.
Saya mencadangkan cakera keras anda perlu pembahagi (partitions) sekurang-kurangnya dua. Untuk pembahagi pertama hanya dipasang sistem operasi (OS) dan perisian tambahan. Pembahagi kedua pula (pemacu D:) hanya untuk menyimpan dokumen atau data seperti gambar kesayangan, dokumen kerja, kotak email, buku alamat dan sebagainya. Dengan membahagi cakera keras anda, ia tidak seperti kesemua telur yang dimasukkan dalam satu bakul. Jika berlaku kemalangan pada sistem operasi (OS), anda hanya perlu format semula pada pembahagi/pemacu C:, tanpa menyentuh data atau dokumen pada pembahagi/pemacu D:. Anda boleh mengubah dokumen sistem seperti My Documents, Desktop, and Favorites ke pembahagi/pemacu D: sebagai lalai (default), tidak di pembahagi/pemacu C: . Untuk membuat pembahagi cakera keras anda memerlukan salah satu untuk permulaan dengan FDISK atau dapatkan perisian pengurus pembahagi seperti Partition Magic. Menggunakan FDISK pada cakera keras akan menyebabkan kehilangan data.
Tambahan dari idea diatas, adalah lebih baik anda memasang cakera keras baru (kedua) kedalam sistem komputer dan simpan segala maklumat/data penting kedalamnya. Mempunyai 2 cakera keras akan meningkatkan jangka hayat cakera keras.
Tip bagaimana untuk mengekalkan prestasi komputer
Selama menggunakan sistem operasi Windows ia selalu beroperasi semakin pelahan dan perlahan dan perlahan. Kenapa? Disini saya akan berkongsi dengan anda untuk mengekalkan prestasi Windows secara optimum.
Muat turun dan jalankan Spybot Search and Destroy. Perisian ini akan mancari dan buang perisian yang diambil semasa melayari internet dan dipasang kedalam komputer secara tidak disedari. Jika anda mengunakan Internet Explorer (IE) dan melayari banyak tempat dinternet, ia seperti mengutip sesetengah program Trojan yang boleh merosakkan sistem komputer anda. Perisian sampah (junk) dikatakan sebagai tambahan ketika anda melayari internet adalah punca utama prestasi komputer anda jatuh.
Untuk membersihkan cakera keras anda dari dokumen sementara, sampah dan tiidak berguna. Gunakan CCleaner - perisian percuma yang bagus untuk membersihkan PC anda!
Buang perisian lama yang tidak digunakan. Pengalaman saya dengan perisian baru. Bila saya mencari sesuatu yang lebih bagus dari versi lama ia akan saya kekalkan dan pada masa yang sama saya akan buang dari sistem komputer. Anda mestilah tahu hanya buang perisian dengan cara yang betul dari "Add or Remove Programs" (tambah atau buang program) dari "Control Panel" (panel kawalan).