|
Post by ameeriz on Sept 2, 2008 0:12:17 GMT -5
Wifi atau Wireless LAN (WLAN) adalah perkhidmatan internet jalur lebar tanpa wayar. Tanpa memerlukan sambungan wayar ke komputer, pengguna boleh melakukan sebarang urusan dengan mudah.
Komputer boleh diletakkan dalam jarak 100 meter antara satu sama lain dan dihubungkan menerusi isyarat radio WLAN yang menggunakan piawaian antaramuka IEEE 802.11b dan 802.11g. Bukan sahaja komputer tanpa wayar seperti komputer riba, WiFi boleh bertindak balas dengan alat elektronik tanpa wayar lain seperti telefon bimbit dan pembantu peribadi digital (PDA). Sambungan komunikasi tanpa wayar secara meluas membolehkan pertukaran maklumat dengan serta-merta dan membolehkan urusan perniagaan dijalankan pada masa sebenar.
Perkembangan teknologi, bukan saja membolehkan pengguna melayari internet atau berborak menerusi 'Yahoo!, MSN, Kopete mesengger' malahan perkhidmatan telefon, permainan video juga beberapa alat eletronik lain seperti televisyen, kamera digital serta pemain cakera padat atau DVD.
|
|